cinta.

assalamualaikum.

so yesterday, i went for daurah at Khansaa'. in midst of assignments which i did not finish it yet, i took the risk. just because i miss the environment. i miss having those people talk about good stuff and indirectly their talk becomes advices and reminders for me. eventhough they did not know any of my problem, Allah sent them intuition to actually talk about some stuff and apparently those random stuff are goodies for the listeners, like me.

*smile*

basically, these are what i gained from yesterday's daurah;

- in doing da'wah, you must have the fiqh, or method. macam cikgu, nak ajar budak2 dekat sekolah, we have our methods untuk aproach them kan. sama la juga macam da'wah because every single person ada titik sentuhan yang berbeza.
- being a daie, akan ada jugak tarikan untuk jadi futur. But knowing that you are a daie, you have to find ways untuk lari dari futur tatkala futur datang menarik awak.
- baca, faham, tadabbur, tafsir al-quran. semua nya berbeza. 
- to understand quran, we must know arab. which i am very regret to stop learning the language. well hey selagi hidup ni, jangan berhenti belajar kan ;)
- awak pernah bercinta? nak tau cara jatuh cinta dengan Allah? read His love letter everyday, hayati His love letter, u sure will loveee Him the most in your life.

*tarik nafas*

banyak lagi pengisiannya but ini la core dia. i always impressed with kakak2 or adik2 yang bagi pengisian because they have the urge or keberanian untuk sampaikan what they know. sampaikanlah walau satu ayat sekalipun. well at least they have something nak di'present' kan dekat Allah one fine day, kan?

let just pray yang kita juga mampu sebarkan da'wah pada orang lain. let's pray that we have good things to be presented bila jumpa Allah nanti. may Allah bless. may we love Allah more than anything else in this world. Wallahuallam.



(futur= rasa down)

p/s: Ukhti Khaulah cakap, kadang2 masa kita dok sorang2 appe salah kalau kita cakap 'I LOVE YOU ALLAH'. mesti Allah suka kan? *wink*
 

doa buat mesir

akhawat ikhwah fillah.
sungguh, aku dengki dengan kalian.
kerna kalian punya kesempatan untuk jadi penegak agama.

namun aku sedar, 
ujian ini bukan untuk mereka yang punya iman seperti aku.
ujian ini untuk kamu yang punya iman setinggi gunung.
yang mana jika diacu senapang dihadapan mu,
kamu tidak akan berundur, 
malah akan terus maju.

wallahu, aku tak tahu,
bagaimana jika aku berada ditempat kalian.
dengan iman yang seperti air menggelegak.
apakah mampu aku berdiri gah,
atau terjelopok jatuh tanda menyerah?
sungguh, aku tidak tahu.

akhawat ikhwah fillah,
maaf kan aku saudara ku.
aku tidak mampu menghantar jasadku ke sana.
untuk sama-sama berjuang, melawan yang jelas kejam.

yang aku mampu, sekadar menadah tangan, 
mengirim doa.
mohon supaya dihantar tentera-tentera Allah untuk membantu kalian.
mohon supaya mereka yang zalim akan hancur ditelan bumi.
mohon supaya hati kalian makin kuat walau jasad makin lemah.
mohon kemenangan akan menjadi milik kalian.
penegak agama-Nya.

maafkan aku saudaraku. maafkan aku.
hanya doa yang aku mampu titipkan. 
dari jauh.
maaf.


may Allah bless my brothers and sisters in Egypt. i knew 2 uncles from ikhwanul muslimin. i seriously don't know what happened to them. may Allah bless them. may they get the title 'syahid' that even me want it. 

delete

i'm about to delete my old post kahkah

just because u know, history don't always look beautiful. cis ayat

the story: another 20th january

assalamualaikum.

alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghirup udara segar ipsah. hari nie kedah cuti, hari keputeraan sultan kata mereka. wah wah, kalau macam tu, in my familly ada dua orang yang sama hari kelahiran dengan sultan la ye? arwah khairi, sama dengan sultan kedah which is today and me, sama dengan sultan perak.haha

forget the hari keputeraan thingy. so, today is my another 20th january without my brother. hee, kalau tanya diri sendiri, kau sedih lagi ke, benda dah nak masuk 3 tahun dah pon. cukup2 la nak sedih nya pon.

*diam*

mat saleh la kata, time heals everything. nak percaya ke tak ye? haha..heals to the extend of me talking about my brother without crying is a no. heals to the extend where my mind can actually accept that Allah took him is a yes. itu fakta yang tak boleh di kata tidak, sebab memang setiap manusia mahu tidak mahu akan kembali pada pencipta mereka. cuma mungkin masa yang berbeza, tapi dia tak kenal usia. kau muda mahupun tua, kalau sudah sampai waktu nya, that's it.

ah sudah, ape bebelan yang aku tulis pagi2 nie..haha..senyum, walau pahit terpaksa kau telan. yang pahit itu la yang bisa menjadi ubat paling berkesan untuk hati, yang pasti dengan izin-Nya.

hari ini, 20 januari. antara tarikh yang akan aku ingat sampai bila2. ya, aku harap aku akan ingat sampai bila2.

al-fatihah untuk muhammad khairi azemi. may Allah bless.