mereka juga sama

bismillahirahmanirahim.

assalamualaikum.

setiap dari kita punya cerita yang berbeza dalam menggapai satu matlamat yang sama. yep, that is one of the moral of the story that i get from a talk show called 'bicara selebriti' last week. alang2 da sampai kelantan, apa lagi, ceq pi la talk show nih. bukan selalu dapat jumpa ustazah ana or her real name, mbak oki setiana dewi, kapten hafiz, sharifah qasif (qariah) and pengacara al-hijrah, amin idris.

anok jati kelate rupanya
Tudung bkn penghalang utk brprestasi (oki setiana dewi)
jangan pernah berhenti berdakwah, walau makan masa bertahun2 sekalipun
saya tak pernah sangka dengan al-quran, orang kenal saya
cewah, siap dengan quotation lagi. it is not the exact words yang keluar dari mulut depa, but the isi is the same. except for mbak oki's words, sempat la jugak taip dalam phone.haha.kantoi tak bawak buku nota nak tulis apa2 yang menarik.  

her poem.beautiful.oh yeah, she's 23 
and the next day, tanpa merancang, me and masturah went to perpustakaan negeri to meet mbak oki.da la pegi lewat, ye la sebab mmg takda dalam perancangan langsung. and kat sana dapat la tgk close up mbak oki. manis. 
sibuknya awak sign buku.
one thing that i value much from the bicara selebriti is that, tak kisahlah berapa usia kita, jangan pernah malu untuk start our first move untuk berubah. jangan ingat kita muda, lambat lagi nak mati, so tak payah nak berubah awal2. nehi he babuji. muda tak semestinya tak mati. ajal ni memang tak mengira usia. selagi hidup atas dunia nie, selagi diberikan kekuatan untuk mencari cahaya, cari la, walau susah sekali pun, DIA pasti akan tolong hambaNya. 

ok lah. setakat ni dulu entry ni. till next time, yang entah bila, Allah je tau. assalamualaikum

p/s: next week SBE (school based experience). kena mengajar ooo.ottoke?

let's vote!

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum and salam jumaat :)

bangun pagi gosok gigi, turun joging, makan pagi. cewah.nyanyi pulak pagi2 nih. so, one more week to go, da nak cuti sem pulak. seronok nya, ceq tak sabar nak balik ngumah nih haa. 

tapi before going back home, kitorang kena laksanakan satu tugas yang besar. mengundi. what? awk da boleh mengundi ke cik fatihah? aha, no. this election is for pemilihan jawatankuasa perwakilan pelajar IPG KSAH 2012. and yeah, macam tahun lepas, tahun nie pon ada perang poster. tak percaya? sila lihat gambar di bawah



taken with my phone, lepas balik jog and breakfast tadi.eh, fatihah, awak tak bertanding ke? tak pon, takde orang nak calon wa, so wa mengundi je tahun nih.wawawa.tapi kan, one of my bestie masuk bertanding tau. she's my state-mate, daerah-mate, school-mate, course-mate, usrah-mate tapi bukan classmate. munira anis, dia bertanding under calon opsyen. so teslian, do vote for her because she really do can voice our right, setakat yang dia mampu.inshaAllah. 

muka penuh nur ;p
so people, ahad nie undi la calon yang betul2 boleh jadi penghubung kita dengan admin. and don't forget, one vote for munira anis too!

p/s: hidup serabut dengan assignment, tapi alhamdulillah HE makes things easier. kekusutan hilang walaupon penat menjengah tiba everyday. sayang Allah :)

hujan

bismillahirahmanirahim.

assalamualaikum

sekarang hujan. yang amat lebat at sungai petani. guruh, petir dekat 5 minit tak berhenti lagi. mashaAllah, perasaan masa nie memang tak dapat aku describe dengan kata2. aku yang baru je nak tidoq petang, tiba2 bingkas bangun tak jadi tidur.

setiap kali hujan, teringat pulak masa kecil2 dulu, aku sangat sangat sangat tak suka hujan. why? jap, nak reverse to 15 years ago me. dulu, tak suka hujan sebab guruh la. bunyi guruh kan macam horror yang teramat? kena pulak budak kecik  yang penakut tapi comel macam fatihah dahulu kala.haha. sebab yang kedua, dulu, rumah arwah *mek, atap zink. and can u imagine the sound when heavy rain met the zinc.mashaAllah bising baq hang. wa memang la anti bunyi bising nih. dulu bunyi kompang pon tak boleh tahan, takut. tapi ironi nya, sekarang boleh pulak main kompang. aha

disebabkan ketidaksukaan pada hujan, each time hujan turun, aku la orang paling sibuk atas rumah. berlari sana sini pi tutup tingkap pintu satu rumah. lepas tu pi amik bantal kusyen rotan yang besar gedabak tu kepit kat kepala. just sebab tak nak bunyi bising tuh.haaa.parah kan? haha.i am famous because of that. why me using 'am'? because sampai sekarang, ada lagi la waris2 yang tegur kalu hujan, **'eh, kakak tok takut huje doh ko loni?' and the rest is history la, start la depa bukak cngita time muda2 dulu.huaaa

tapi sekarang, bila besar, lain pulak cerita nya. bila tau doa time hujan nie antara doa yang mustajab, hujan tu bawak rahmat kat manusia, hati makin sayang dekat hujan. kena pulak kat malaysia yang saudara saudari tau bahawasanya kite beriklim panas dan lembab. yang lembab tu ok, tang panaih tuh ha, panaih dia bukan panaih main2. kalau hujan memang sangat2 bersyukur la, esp time musim panas.


"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai
pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa
awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan
itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya)." (Al-A'raf : 57)


ha, atas tu antara ayat suci al-Quran yang menyatakan bahawa hujan tu rahmat dari Allah.Allah nie sangat sweet tau, lepas hujan bukannya nothing happen. pernah tengok pelangi tak? cantik kan? haa, tu salah satu benda yang Allah bagi lepas hujan. kalau nak list down ape lagi rahmat2 nya, memang banyak la kan. semua ada akal fikiran, so pikir la sendiri.

kat sini, wa nak kaitkan hujan and human. emhh.. samalah macam hidup kita. tak pernah nye hidup kita selalu cantik, bahagia etc. kan? mesti ada la sekali sekala ribut melanda.cewah.i mean, mesti adalah masalah datang melanda kat kita kan. tapi jangan bimbang, setiap masalah tuh, die ada hikmah dia yang tersendiri. Dia takkan la nak uji kita without any intention kan? manalah tau, dengan ujian yang diberi tu, iman kita makin menebal. dengan ujian yang diberi tu, fikiran kita makin matang. and etc. so, hadapi masalah dengan tenang, pohon doa dari Dia, minta pertolongan dari Dia, inshaAllah Dia bantu kita :) oh Allah sangat sweeet..

sekianlah sudah tazkirah hari ini.cewah.haha.hujan pon da renyai2 balik.dah tak lebat. and seriously, suasana after hujan is ***daebak! mendung tak mendung, sejuk, tenang. senang cakap, it is beautiful.subhanAllah. tuan hamba nak mengundur diri dulu la. entry yang spontan, kalau ada salah silap betulkan la yo :)

assalamualaikum!

*mek- nenek
**'eh, kakak dah tak takut hujan ke sekarang?'
***daebak- terbaik (buat nada boboiboy sikit)
 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |
Back To Top