demi masa

bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum.

Demi masa.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian
.Kecuali orang yg beriman dan mengerjakan amal soleh
 serta saling menasihati untuk kebenaran 
dan saling menasihati untuk kesabaran 

[ AL-ASR: 1-3 ]

benar, manusia nie sifat dia pelupa. lupa bahawasanya dia hidup atas dunia nie, matlamat utamanya untuk beribadah kepada Allah yang satu. lupa bahawasanya setiap seorang dari kita nie sudah ditetapkan ajal masing2. lupa bahawasanya dia adalah salah seorang umat akhir zaman yang Rasulullah dok sebut dulu. lupa lupa lupa.

lupa bahawa masa sedang syok melintas kita. sedangkan kita dok syok cakap kita banyak masa senggang. banyak sangat masa sampai bangun subuh lewat, lepas subuh tidur balik, buat hal2 lagha dan macam2 lagi. sedangkan dah terang2an lagi Allah dah bagitau, manusia yang tak menghargai masa itu sesungguhnya dalam kerugian. Allah siap cakap demi masa, penggunaan demi tu sendiri sangat serius. tapi kita, yang dah hafal surah nie dari kecil, baca surah nie kalau nak tutup majlis, still didn't appreciate masa yang diberikan kepada kita.

tak payah cakap anda, saya yang sedang menulis nie pon banyak kurangnya. selalu je tak hargai masa. astaghfirullahalazim. menyesal. tak rasa menyesalkah anda bila tak guna masa yang diberikan sebaik mungkin? tak kan nak tunggu malaikat maut datang nak tarik nyawa dulu baru menyesal. nauzubillah. tapi seriously, kalau setakat mulut ja cakap menyesal tapi tiada pengzahiran dengan perbuatan pon takde hasilnya, kan? mudah2an apa yang kita kesalkan hari ini, mampu kita baiki dengan perbuatan,yang lebih baik of course.inshaAllah

tiba2 ja nak share surah al-asr kenapa fatihah? 

*senyum*

malam semalam ada usrah and ini lah surah yang kami tadabbur. hihi. so, saya kan caring, mestilah nak share dengan anda. nak bagitau verbal memang wa fail la, yang FORLEK hari isnin tu pon nasib baik Allah bagi kekuatan bercakap..kalau takkk.. *senyum lagi*

and yeah, minggu2 sibuk mentelaah bakal menjelma. exam.haha *nangis* jadinya, post nie pon dituju untuk memperingati diri sendiri bahawa walau sibuk exam macamana sekalipun, hubungan dengan Allah jangan lupa. taknak la jadi manusia yang rugi..kan?? ;)

'The trouble is, you think you have time.' *taken from my friend's status which he shared from others.*

and yeah. we always think we have time. pang kena atas batang hidung sendiri -.-

till next time.inshaAllah.assalamualaikum :)

p/s: isnin nie saya and amalini jadi pengiring puteri shafinaz.berdebar.huhu :

No comments: